Go

Seawal Pagi, Pelajar Daripada Sjkc Kuala Kemaman S..

 




Seawal pagi, pelajar daripada SJK(C) Kuala Kemaman sudah teruja menunggu sesi bersama kami. Bermula dengan Turtle Talk, mereka belajar tentang kura-kura, penyu, tuntung dan apakah kepentingan mereka. Wajah mereka penuh rasa ingin tahu, terutama bila dapat melihat sendiri tuntung hidup yang kami bawa! 🐢

Lebih menarik, pelajar juga berpeluang bermain Turtle Explorace, di mana mereka perlu menyelesaikan cabaran di setiap stesen. Memang seronok tengok semangat mereka bekerjasama dan berlumba-lumba nak menang!

Selain itu, mereka juga menikmati sesi bercerita tentang Maya, Little Turtle Messenger, sebuah kisah yang mengajar tentang pemuliharaan penyu. Selepas itu, mereka menyiapkan seni kraf tuntung untuk dibawa pulang—satu kenangan istimewa yang boleh mereka simpan 🎨

Sepanjang program, senyuman dan keterujaan mereka jelas menunjukkan betapa seronoknya pembelajaran yang interaktif. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru SJK(C) Kuala Kemaman yang banyak membantu kami sepanjang program berlangsung. Dan ini baru permulaan tahun 2025—banyak lagi sekolah yang menanti untuk kami kunjungi!

#TurtleCamp #konservasi #TCSMalaysia #selamatkantuntung #tuntungsungai #Kemaman

Source: https://www.facebook.com/630503875784630/posts/1043376444497..



 

avatar

Turtle Conservation Society

The Turtle Conservation Society of Malaysia was established in October 2011. The aim of the society is to bring about the recovery of depleted wild populations of turtles, with particular reference to freshwater turtles, in Malaysia through partnerships with like-minded organizations, individuals and local communities as well as through its own programs.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.