Go

43 Ekor Kucing Telah Berjaya Mendapat Keluarga Bah..

 




43 ekor kucing telah berjaya mendapat keluarga baharu sepanjang tempoh Avenue Katz Adoption Fiesta dari 14 hingga 20 April 2025 di Avenue K Shopping Mall

Kucing tersebut adalah masing-masing dari :

Taman Kucing Madani Persatuan Rakan Kucing Malaysia – 20 ekor

Galeri Animal Malaysia – 12 ekor

Paun Majlis Perbandaran Hulu Selangor – 9 ekor

Laman Kucing Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – 2 ekor

Pihak kami berharap agar kucing-kucing jalanan ini dapat kualiti kehidupan yang baik daripada pemilik baharu dengan menyambung urusan memperbaiki kebajikan mereka seperti memberi penjagaan, rawatan kesihatan, vaksinasi, pemandulan bagi yang sudah sampai tempoh layak mandul dan makan minum memandangkan kucing ini 90 peratus daripadanya adalah tangkapan kucing di jalanan.

Usaha memperkasakan dan mempromosikan Trap – Neuter – Shelter – Adopt (TNSA) terhadap kucing jalanan akan terus dilakukan supaya pencinta kucing terdidik memahami tanggungjawab mengawal kucing daripada berkeliaran di jalanan yang boleh memberi pelbagai impak sosial dan keselamatan terhadap kucing dan manusia daripada penyakit berjangkit serta kadar kezaliman.

Persatuan Haiwan Malaysia amat menggalakkan NGO serta shelter-shelter kucing menyertai program adoption dalam mana-mana event atau expo haiwan untuk menyelitkan kesedaran kepentingan adoption kucing. Selain memberi peluang kucing berada di rumah kediaman dan mendapat kasih sayang sesuai slogan ‘Kucing adalah Keluarga Kita’. Mana mungkin jika haiwan adalah keluarga dibiarkan dia berselerak dijalanan sebagai mana kita tidak membudayakan keluarga kita terbuang di jalanan

#kebajikanhaiwan #straycats #adoption #cats #haiwan #animals #kucing #security #strays

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/6592299268576..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.