Go

Semua Adun Negeri Sembilan Sepakat Laksana Kaedah Pelupusan Anjing Liar - Aminuddin | Berita Harian

 


Negeri Sembilan sebulat suara telah membatalkan polisi Trap – Neuter – Release (TNR) terhadap anjing liar di negeri berkenaan atas kesedaran mendalam kesan keselamatan, mashalahat, jangkitan penyakit Rabies dan masalah sosial lainnya.

Ia dikuatkuasakan serta-merta dan tiada lagi TNR sepenuhnya di kawasan majoriti Melayu Islam. Keputusan sebulat suara dibuat hasil kesepakatan oleh seluruh Adun kerajaan dan Adun pembangkang negeri berkenaan. Kaedah lainnya boleh diganti dengan kaedah Trap – Neuter – Shelter – Adopt (TNSA) bertempoh bagi memberi ruang kepada anjing liar berpeluang mendapat keluarga baharu dengan diadopt oleh pencinta anjing liar.

Sebelum ini Negeri Sembilan antara negeri yang mengamalkan TNR sama seperti Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Namun statistik kacau ganggu anjing liar serta kes serangan anjing liar melibatkan keselamatan penduduk, ancaman penyakit berjangkit dan kerosakan harta benda awam tidak menunjukkan penurunan semenjak kawasan ini melaksanakan TNR. Malah tiada penanggungjawab tampil mahu bertanggungjawab setiap kali berlaku ancaman dan masalah kecederaan parah, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat perbuatan anjing liar.

Keputusan ahli parlimen dan Adun untuk tidak campur tangan atas desakan mana-mana kumpulan pelampau anjing liar yang menuntut hak anjing liar hingga menafikan hak kemanusiaan adalah sangat bijak memandangkan jawatan ahli parlimen dan Adun bukan satu jawatan mutlak dan kekal yang akan mengembalikan masalah krisis anjing liar – Kemanusiaan masa hadapan berbalik kepada rakyat dan kakitangan awam agensi berkaitan apabila mereka ketiadaan kuasa kelak.

Berita penuh :



SEREMBAN: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk pembangkang di Negeri Sembilan sebulat suara bersetuju kaedah pelupusan anjing liar di kawasan majoriti penempatan Melayu perlu dilaksanakan bagi mengatasi isu kacau ganggu dan keselamatan.

Source: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1390520/s..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.