Go

Kolaborasi Wwf-Malaysia Bersama Para Penyelidik Un..

 




Kolaborasi WWF-Malaysia bersama para penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam Monsoon River Expedition (MoNRE) 2025 pada Februari lalu telah meneroka enam topik utama dan menjana dapatan penting berkaitan aspek persekitaran, hidrologi, inventori spesies, serta sains kemasyarakatan.

Susulan kejayaan MoNRE 2025, satu bengkel sosialisasi dapatan telah diadakan pada 28 April 2025 bagi berkongsi hasil penemuan penting ekspedisi tersebut bersama para pemegang taruh utama di Sungai Chalok dan Daerah Setiu.

Bengkel ini bukan sahaja memperluaskan kefahaman tentang Sungai Chalok yang merupakan sebahagian daripada lembangan Sungai Setiu, malah menjadi platform perbincangan dan pertukaran pandangan bagi memperkukuh usaha pemuliharaan serta pengurusan lestari sungai di daerah Setiu.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan khususnya kepada Pejabat Daerah Setiu dan UMT atas sokongan padu dan kerjasama erat dalam menjayakan Bengkel Sosialisasi Dapatan MoNRE ini. Kerjasama strategik seperti ini dan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak amat penting dalam meningkatkan kelestarian sumber asli di Sungai Chalok dan kawasan tadahannya demi kesejahteraan dan manfaat bersama.

Ayuh bersama-sama menyokong usaha memelihara ekosistem sungai sebagai warisan alam semula jadi tidak ternilai untuk generasi kini dan akan datang. Layari laman web wwf.org.my serta ikuti WWF-Malaysia di media sosial untuk informasi terkini.

#freshwater #SetiuWetlands #WWFMalaysia #jagasungaikita #sungaiuntuksemua #riveroflife

Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/1096373682533..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.