Pada 23 November 2025, Wwf-Malaysia Bersama Pihak ..
| Tweet |

Pada 23 November 2025, WWF-Malaysia bersama pihak SMK Gulau, Sik, Kedah telah menjayakan program Ulu Muda School Heroes yang melibatkan kira-kira 400 orang pelajar dan 30 orang guru. Buat pertama kalinya, Hutan Ulu Muda dihidupkan dalam suasana sekolah melalui aktiviti yang interaktif, kreatif dan penuh semangat anak muda.
Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuk:
▪️Sesi Perkongsian tentang Hutan Ulu Muda oleh WWF-Malaysia
▪️Pertandingan Eksplorasi Ulu Muda
▪️Lukisan Harapan
Melalui pendekatan gamifikasi dan penerokaan kreativiti, pembelajaran tentang Ulu Muda menjadi lebih menarik dan mudah diingati. Aktiviti ini juga diharap menjadi sumber inspirasi bagi guru untuk menyuntik elemen pemuliharaan yang menyeronokkan dalam sesi pengajaran mereka pada masa hadapan.
Harapan kami agar program ini menjadi titik tolak untuk meningkatkan kesedaran dan menyemai rasa minat dan tanggungjawab dalam kalangan anak muda terhadap usaha pemuliharaan Hutan Ulu Muda.
Ikuti WWF-Malaysia untuk kisah komuniti dan usaha pemuliharaan kami, atau layari wwf.org.my/lindungialam untuk bersama-sama melindungi khazanah alam kita. 🌳💚
#UluMudaUntukKita #UluMudaSchoolHeroes #SMKGulau #WWFMY
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/1273152098188..
| Tweet |

Facebook Comments