Go

MAMA J

 


Ini gambar pertama MAMA J ketika ditemui berhampiran premis Petknode pada malam mencari semula kucing-kucing yang terlepas dari Premis pada 5 September 2011. Ibu kucing ini dilabelkan sebagai kucing #J. Dari situ, ia dinamakan sebagai MAMA J. Dalam gambar ialah fosterer pertamanya, Taufiq.

Kami telah mengiklankan MAMA J agar ditemui oleh pemilik asal, namun tiada sesiapa yang datang menuntutnya.


Pada 13 September 2012, MAMA J selamat melahirkan 3 ekor anak.

Namun, kesihatan MAMA J merosot dan dimasukkan ke Gasing Hospital pada 18 September 2011.

MAMA J disyaki mengidap Jaundice. Menurut doktor yang merawat, blood cell count MAMA J rendah, kemungkinan kerana kutu dan jangkitan. 

Dan kami mencarikan fosterer baru untuk anaknya memandangkan Taufiq tidak berpengalaman menjaga anak kucing yang masih kecil dan tuntutan masa bekerja yang membataskan beliau menjaga anak kucing ini.

Di saat anak-anak tersebut semakin lemah dan ada doktor yang memberitahu “nothing we can do about the kittens“, Wan Nurul Hidayah menawarkan diri untuk menjaga anak-anak kucing ini sementara ibunya dirawat di Gasing Hospital.

MAMA J dikeluarkan dari wad pada 23 September 2011. 
MAMA J nampak makin sihat dalam gambar yang dikirimkan oleh Taufiq pada 25 September 2011 
MAMA J seperti sudah tidak mengenali anak-anaknya semenjak di masukkan ke wad. Jadi anak-anaknya terus di jaga oleh Wan Nurul Hidayah dan dinamakan Geng Gebu. 

Taufiq menghantar MAMA J mendapatkan vaksinasi dan menjalani pemandulan. 
Tapi pada 26 Oktober, 2011, MAMA J sekali lagi di masukkan ke wad kerana selsema dan fever.

 

Kucing-kucing di rumah Taufiq turut dijangkiti flu dan menyebabkan kami terpaksa mencari fosterer lain untuk MAMA J. 
Bil perubatan MAMA J mencecah RM2000 sepanjang tempoh fostering. Kesemua bil perubatan MAMA J dibiayai oleh Dana SCRATCH (pada masa itu dikenali sebagai Dana KTAJ) dan ada sebahagiannya dibiayai oleh Taufiq dan pasangannya Laila.
MAMA J kemudiannya di jaga oleh fosterer yang menjaga 3 ekor kucing yang kronik milik Petknode. 
Kami ada cuba mencarikan tuan baru untuk MAMA J dalam Adoption Drive kami di SACC Mall. Tapi tak sampai 2 jam, MAMA J stress terpaksa dibawa pulang oleh fosterer. Dan sikap MAMA J yang menjadi lebih manja selepas pulang dari Adoption Drive (mungkin kerana dia tau fosterer cuba mencarikan tuan baru untuknya), menyebabkan fosterer mengambil keputusan untuk adopt MAMA J terus dan tinggal bersamanya. 
Nampaknya MAMA J lebih serasi tinggal dengan fosterernya bersama beberapa ekor rescued cats lain yang senasib dengannya.

Pada 28 December 2011, MAMA J secara rasmi diserahkan dalam jagaan fosterer/adopternya, Maslinda Talib.

 Anak-anak MAMA J terus membesar dalam jagaan Wan Nurul Hidayah.

Geng Gebu ini telah dewasa dan dimandulkan dalam Snip Program 10 Mac yang lalu menggunakan Dana SCRATCH. Khabarnya ketiga-tiganya telah dihantar ke kampung ketika Wan Nur Hidayah menunggu masa untuk melahirkan anaknya.


Ini pula update terbaru MAMA J yang diterima pada 12 Julai 2012 yang lalu. Menurut Maslinda, MAMA J tiba-tiba tidak aktif dan hilang selera makan. Setelah diperiksa, MAMA J mempunyai bengkak (abscess) di bahagian leher. 
MAMA J dibawa ke Healing Rooms di Subang untuk mengeluarkan nanah di lehernya. Nanah ini kemungkinan akibat dicakar kucing lain.


MAMA J telah selamat keluar dari wad dan harap MAMA J tak sakit-sakit lagi lepas ni ye. Semoga MAMA J lekas sembuh dan aktif seperti biasa.

Kami kekurangan dana untuk membiayai perubatan MAMA J dan kucing-kucing jalanan lain yang memohon bantuan subsidi perubatan dari kami. 

Sekiranya ada pihak yang ingin menghulurkan bantuan kewangan bagi Dana SCRATCH atau apa saja bantuan lain, hubungi kami di ktaj0311@gmail.com. 

Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/07/mama-j.html


 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.