Go

Bukan Semua Anjing Berpemilik Bernasib Baik. Jika ..

 



Bukan semua anjing berpemilik bernasib baik. Jika dapat pemilik bodoh dan biadap. Anjing peliharaan bakal sengsara. Anjing yang masih berkolar dan berantai ini satu contoh anjing peliharaan yang diabaikan pemilik. Tidak dipedulikan dan tiada bantuan rawatan veterinar diberikan oleh pemiliknya walau kaki hancur tanpa diketahui apa punca.

Animal Malaysia menerima aduan Saudara Arwin Murugiah mengenai pengabaian kebajikan anjing bertuan yang cedera parah di Taman Desa Jasmin, Putra Nilai Negeri Sembilan. Aduan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) mengenai pengabaian anjing ini telah dipanjangkan.

Jika pemilik masih ingkar Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Notis Penambah Baik 2020). Pihak Berkuasa DVS akan memulakan saman terhadap pemilik. Jika masih ingkar lagi Pemilik anjing perlu sedar bahawa pengabaian haiwan peliharaan hingga kecederaan parah tanpa memberi bantuan hak rawatan adalah menyalahi Seksyen 24 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang mana hukuman Denda minimum RM15,000.00 dan maksimum RM75,000.00 atau Penjara sehingga maksimum 2 tahun.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/2131448767202..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.