Go

Keadaan Yang Sama Namun Tindakan Yang Amat Berbeza..

 




Keadaan yang sama namun tindakan yang amat berbeza. Di dalam fikiran anjing ini hanyalah mahu melindungi insan yang dikasihi. Tanpa mengetahui sebenarnya nyawa merekalah galang gantinya.

Sehingga hari ini di Malaysia para pembenci anjing bermusuhan kerana tidak menemukan jalan perdamaian dan tidak mampu memahami karakter anjing yang sering dikatakan ganas dan mengganggu. Sampai bila rakyat di negara ini boleh celik dan mampu menjadi bangsa berperikemanusiaan dengan keterbukaan fikiran?

Di negara luar. Anjing jalanan jadi peneman dan pelindung insan-insan jalanan. Manakala di Malaysia Anjing jalanan jadi lubuk duit penangkap anjing yang terima bayaran hasil tangkapan dan pembunuhan setiap seekor anjing yang dijerut.

Apakan daya anjing sering jadi mangsa momokan golongan pembenci yang menakut-nakutkan mengenai bahaya dan ganasnya anjing. Hingga dikatakan anjing mencederakan dan membunuh manusia sedangkan jika diamati statistik serangan anjing kepada manusia hanya melibatkan 10 kes sepanjang tempoh 10 tahun dari tahun 2010 – 2020. Serangan bukan semua melibatkan kematian melainkan kes serangan di Sabah yang disebabkan kemalangan ketika menyelamatkan diri. Ini bermakna serangan anjing bersifat ‘defensive’ atau sekadar mempertahankan sesuatu. Ia bukan serangan suka-suka.

Persatuan Haiwan Malaysia sering dikecam masyarakat pembenci anjing kerana memepertahankan haiwan bernama anjing dan tidak memihak kepada manusia. Sememangnya jika dieja dan dibaca dengan betul nama persatuan ini. Para pembenci anjing akan faham apa yang dinamakan dengan PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA. Eja sekali lagi! H.A.I.W.A.N.

Sebut betul-betul dan fahamkan H.A.I.W.A.N!

Kau paham tak? Sekolah tak? SPM lulus tak? Sebut lagi. H.A.I.W.A.N!

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.