Go

Charlie Oh Charlie: Anak FIP Berlari Riang Di Jambatan Pelangi

 


Assalam & Salam Sejahtera

Beberapa hari lepas, kami menerima satu email daripada saudari Yunn. Beliau memerlukan bantuan SCRATCH secara kewangan dan juga nasihat. Di dalam emailnya, beliau telah menyatakan sahabat beliau telah menyelamatkan seekor anak kucing di kawasan semak di Segambut, tetapi tidak dapat membelanya kerana mengidap asma teruk. Saudari Yunn telah menawarkan diri untuk membatu sahabat beliau dengan menjaga anak kucing itu. Walaupun pada mulanya Saudari Yunn berasa berat hati kerana sudahpun menjaga 10 ekor kucing dirumah,  tetapi hati mana tak cair dek kecomelan anak kucing ini. Hasrat untuk mencari tuan baru bagi anak kucing tersebut dilupakan dan anak kucing comel itu diberi nama Charlie. 

Kucing comel yang dinamakan Charlie pada awalnya kelihatan sihat dan normal. Si comel Charlie aktif dan berselera makan, tetapi selang beberapa minggu, perut Charlie mulai membuncit. Setelah dibawa ke klinik haiwan yang berdekatan sebanyak dua kali, namun saudari Yunn masih tidak berpuas hati dengan penjelasan doctor yang menyatakan Charlie cuma mengalami buncit biasa. Beliau telah ke sebuah lagi klinik verterinar yang lain pada (3.8.2013) untuk mendapatkan nasihat kedua (second opinion). Disana beliau dinasihatkan untuk ke Hospital Haiwan kerana mengikut symptom-symptom, pembesaran ruang abdomen Charlie bukan pembesaran kerana kecacingan atau tidak lawas nyahtinja. Atas nasihat kawan-kawan beliau terus menuju ke hospital haiwan  pada (5.8.2013). Si Kecil Charlie telah dimasukkan ke wad dan setelah ujian dibuat sah si comel ini telah menghidap Feline Infectious Peritonitis (FIP). Hati mana yang tidak luruh apabila menerima berita seburuk itu. Di dalam e-mail Saudaru Yunn, dia menyatakan Alangkah sedih dan rasa gugur jantung bila  mendengar penjelasan dari doctor. Selama ini saya selamatkan kucing terbiar belum ada lagi kes yang melibatkan penyakit teruk lebih lebih lagi penyakit berbahaya spt FIP.Inilah yga diluahkan saudari Yunn kepada SCRATCH dan kami sangat sangat memahami perasaan saudari Yunn kerana beberapa orang sukarelawan kami pernah mengahadapi kes FIP yang sama. 




Charlie dengan perut yang semakin membesar akibat FIP
Charlie menerima rawatan yang intensive untuk beberapa hari tetapi ada yg lebih menyayangi si comel Charlie. Segala kesakitan dan keperitan diangkat oleh Yang Maha Mencipta dan tiada lagi tertanggung oleh si kecil. Si kecil telah pergi menghadap Penciptanya. Cukup berat dugaan yang saudari Yunn alami, bukan sahaja kehilangan Charlie, sekarang kucing-kucing peliharaan saudari Yunn kemungkinan besar dijangkiti FIP juga kerana FIP sangat-sangat mudah dijangkiti. Menambahkan lagi dugaan yang ditanggung, ada pula orang yang tidak bertanggungjawab telah memecah masuk dan merompak rumah beliau. Komputer riba dan wang tunai hilang dibawa lari. Beliau memerlukan bantuan kewangan untuk membiayai kos perubatan Charlie dan kucing-kucing lain yang dipelihara beliau (yang berkemungkinan besar menghidapi FIP). Kami disini ingin memohan kepada semua untuk sama-samalah berdoa supaya Saudari Yunn tabah dan kental mengharungi  masa-masa sedih sebegini.

Disini kami ingin juga mengambil kesempatan untuk memberi kesedaran kepada semua betapa pentingnya langkah berjaga-jaga ketika membawa kucing baru (adoption mahupun rescue) lebih-lebih lagi apabila rumah anda sudah ada kucing lain. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:1. Kucing yang baru diselamatkan/diadopt hendaklah DIASINGKAN dari tempat jagaannya dari kucing yang sudah sedia ada. Jikalau berkemampuan, elakkan dari kucing baru dari membuat sebarang contact terutama sekali melalui sentuhan dan air liur. Proses kuarantin ini boleh dilakukan dalam tempoh seminggu dan sebaik-baiknya 2 minggu. 2. Dalam tempoh kuarantin dan pemerhatian, kucing baru tidak boleh berkongsi bekas makanan dan minuman bagi mengelakkan penyakit2 yang menular melalui air liur menjangkiti kucing yang sedia ada. 3. Kucing baru harus dipantau dengan teliti terutamanya hari hari awal dibawa pulang. Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah:


selera makan- pastikan kucing baru makan dengan baik dan teratur. kadangkala kucing tidak begitu biasa dengan biskut kucing (kibbles) yang diberikan maka makanan alternatif adalah makanan basah. pastikan kucing tersebut makan supaya mendapat tenaga untuk memanaskan badan. nyahtinja - bahasa pasarnya berak. pastikan berak kucing tersebut bebas dari cacing dan mesti lah tidak terlalu keras, tidak terlalu cair. Tahi yang keras memberi indikasi bahawa kucing tersebut mengalami de-hidrasi dan tahi yang terlalu cair adalah sign kucing mengalami cirit birit. Pelbagai pemboleh ubah bagi penentuan cirit. Kadang kala kucing yang terlalu stress berada di tempat baru (selepas di adopt ataupun diselamatkan) mungkin akan mengalami cirit birit. Sekiranya tahi kucing cair dan berdarah, itu salah satu tanda Parvo, salah satu penyakit yang boleh membawa maut kepada kucing. kencing - paling sukar untuk diperhatikan kerana kebanyakan kucing akan kencing di dalam litter box yang berpasir atau dialas dengan kertas surat khabar. kucing yang tidak kencing untuk jangka masa yang lama mungkin mempunya salt crystals di dalam bladder. jadi mereka sangat susah untuk kencing dan pundi kencing membesar. penghasilan crystal merupakan tanda awal kucing mungkin menghidapi batu karang.  suhu badan – bagi mereka yang cekap, atau mempunyai thermometer, pemantauan suhu badan kucing adalah sangat bagus. ini bagi memastikan kucing tidak demam sebelum boleh dilepaskan bersama kucing kucing lain di rumah. Sekiranya kucing tersebut deman (suhu badan yang agak tinggi) JANGAN SESEKALI BERIKAN PANADOL ATAU PARACETAMOL kepada kucing anda! sistem kumuhan kucing tidak sama seperti manusia. mereka mengambil masa untuk menyingkirkan dadah yang ada di dalam panadol tersebut dan pemberian panadol secara berterusan boleh membunuh kucing anda. hidung, mata dan mulut - pastikan tidak ada cecair yang keluar melalui rongga hidung (hingus) dan mulut (air liur). hingus yang keluar dari hidung merupakan tanda kucing mungkin selsema atau flu. flu boleh berjangkit melalui udara dan ini sangat bahaya kepada kucing yang berada di rumah. bayangkan jika anda mempunyai 10 ekor kucing dan kerana seekor kucing baru yang selesema, habis semuanya berjangkit. ini pasti menyakitkan kucing dan poket anda! air liur yang meleleh memberi beberapa maklumat kepada tuan punya. satu mungkin ada ulser di dalam mulut menyebabkan penghasilan air liur yang berlebihan. dua, ada gigi atau gusi yang yang sakit. telinga- earmite merupakan makhluk yang selalu dijumpai dalam telinga kucing jalanan dan kadang kala kucing yang di dalam rumah. kucing tidak dapat menggaru atau mengorek telinga mereka. jadi mereka akan mula menggaru bahagian pangkal telinga sehingga boleh menyebabkan pembuluh darah di cuping telinga pecah. bermula dari situ, episode ngeri akan bermula di mana adanya jangkitan kuman dan pengumpulan nanah.       
4. Kucing yang baru diselamatkan dari jalanan perlu dinyahkutu sama ada melalui semburan ataupun ubat titis. kurap dan fungus pada kucing yang diselamatkan juga boleh merebak ke kucing lain melalui udara kerana angin boleh membawa keruping keruping kurap ketika kucing menggaru. pastikan ini tidak berlaku. kita pasti tidak mahu kucing yang berada dirumah, cantik dan gebu tiba2 gugur bulunya.

5. Tuan punya atau tuan baru bagi kucing ini hendaklah membuat bacaan tentang tanda tanda penyakit terminal seperti FIP, FIV, FeLV dan Parvo. Pemeriksaan melalui mata kasar boleh membantu mengenal pasti tanda2 penyakit dan rawatan awal mampu menyelamtkan kucing yang direscue serta yang sedia ada. Kami berharap kita sama sama dapat mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku kepada Saudari Yunn. Pesanan kepada diri sendiri dan juga independent rescuers di luar sana supaya lebih berhati hati di masa hadapan. Saudari Yunn, jangan serik menyelamatkan kucing jalanan. Rezeki yang hilang, kami yakin, Allah akan hantikan dengan suatu yang lebih baik. 


(Kredit kepada Afiq Luqman untuk penulisan kali ini.  Sahabat, terima kasih atas sifat prihatin dan empati dalam kes ini)
-Encik Memerangemok-





Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2013/10/charlie-oh-charlie-anak-fip-berlari.html



 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website

Follow Me:Facebook



Facebook Comments


One Comment

  1. avatar

    ingin menghantar kucing terbiar kepada yang boleh menerima demi keselesaan dan keselamatan kucing tersebut di kawasan Ipoh,Perak.

    Sekian Terimakasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2019, PetFinder.my. All rights reserved.