Go

Anjing Dipelihara Jaga Kilang Berantai Pendek Lang..

 




[ ANJING DIPELIHARA JAGA KILANG BERANTAI PENDEK LANGGAR HAK KEBAJIKAN ]

Aduan pengabaian terhadap kebajikan haiwan peliharaan seperti kebajikan anjing adalah aduan paling banyak diterima Animal Malaysia.

Kebanyakan kilang menggunakan khidmat anjing sebagai penjaga kawasan dan pengawal perusahaan. Namun malang bagi anjing apabila jasanya dibayar tidak sepadan. Kebajikannya biasanya terabai. Antaranya kebajikan anjing yang tidak dipenuhi ialah :

1. Hak rawatan perubatan kesihatan veterinar termasuk vaksinasi dan rawatan nyah cacing serta kutu berkala.

2. Tidak menjalankan pemandulan hingga berlaku pembiakan tidak terkawal dan anak-anak anjing berkesudahan dengan terabai di jalanan akibat lambakan.

3. Tempat tinggal / sangkar tidak sesuai dari segi saiz sangkar, keselesaan kebersihan dan ukuran tali pengikat leher anjing yang terlalu pendek. Mengundang risiko keselamatan nyawa.

Jenayah kezaliman dan pengabaian haiwan yang berulang sebegini mencerminkan tahap kesedaran dan pendidikan yang masih rendah di kalangan masyarakat. Sekali gus menggambarkan masih kurang usaha atau kegagalan pihak berkuasa veterinar dalam menjayakan kempen kesedaran, ilmu haiwan dan kefahaman hak haiwan di negara ini.

Justeru pihak berkuasa haiwan domestik digesa jalankan operasi bersepadu membuat pemeriksaan kebajikan anjing peliharaan di kilang-kilang dan tapak pembinaan kerana di lokasi ini khidmat anjing banyak diguna pakai namun nasibnya banyak juga terabai dan tidak mengikut kehendak Kod Amalan Kebajikan Haiwan DVS.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1573277916212..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.