Go

Tidak Sombong Dan Tidak Banyak Kerenah Birokrasi D..

 




TIDAK SOMBONG DAN TIDAK BANYAK KERENAH BIROKRASI DALAM BERURUSAN

Kehadiran secara tidak formal Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika ke Ibu Pejabat Perhilitan untuk menghantar haiwan ‘Endangered Species’ iaitu Burung Puchong Selandar disambut baik Ketua Pengarah Y.Bhg.Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim. Turut bersama ialah Pengarah Penguatkuasaan Perhilitan Dr. Pazil bin Abdul Patah dan dua kakitangan Veterinar Perhilitan.

Animal Malaysia memuji sikap keterbukaan pihak Perhilitan membuka pintu kepada NGO dan Animal Malaysia dengan memberi kerjasama erat serta mudah didekati. Perhilitan antara agensi kerajaan yang mudah didampingi dan tidak sombong menerima kritikan atau pun pandangan yang membina apatah lagi menghulurkan bantuan apabila diperlukan dalam hal menyelamatkan haiwan liar.

Ketegasan dan kecekapan Perhilitan dalam memberi sebarang maklum balas aduan dan gerak kerja merupakan hal yang boleh dicontohi oleh kebanyakan badan kerajaan yang melibatkan haiwan yang lain.

Masyarakat pencinta haiwan atau yang terlibat dengan haiwan liar disaran supaya tidak ragu dan tidak rasa terhalang untuk berurusan dengan Perhilitan dalam segala hal melibatkan haiwan liar dari segi pertanyaan, pelesenan, serahan haiwan liar yang ditemui atau tidak diingini dan aktiviti-aktiviti berkaitan haiwan liar.

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.