Go

Ikan Gergasi Spesis Ini Ditemui Mati Di Bukit Pada..

 




Ikan gergasi spesis ini ditemui mati di Bukit Padang, Kota Kinabalu Sabah. Dipercayai ia adalah ikan jenis Arapaima yang biasanya hidup di perairan Amazon Brazil.

Apa yang dikhuatiri spesis ikan invasive yang asalnya dibawa dari negara luar kini berada di perairan Malaysia mengganggu ekologi dan mengancam spesis ikan tempatan. Kemusnahan spesis ikan tempatan akan berlaku sekiranya peminat ikan membawa ikan spesis ganas dan pemangsa dari luar dan tidak bertanggungjawab melepas ikan pemangsa sebegini ke sungai, tasik dan lombong dinegara ini apabila sudah tidak mampu memeliharanya lagi.

Lebih dibimbangi jika ikan ini membesar ke saiz yang maksimum membahayakan bot kecil pemancing dan mampu menterbalikkan bot pemancing yang sedang berada di tasik atau sungai tanpa mengetahui spesis pengancam ini telah lama berada di tasik tersebut.

Kita berharap agar perairan laut negara kita tidak memiliki spesis Piranha ganas kemudian hari.

Animal Malaysia merayu kepada peminat hidupan akuatik dan peminat hidupan marin agar bertanggungjawab terhadap ikan yang mereka bawa ke negara ini. Hubungi Jabatan Perikanan Malaysia untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pencegahan. Jangan lempar sewenang-wenangnya ikan yang sememangnya dilarang bawa masuk ke Malaysia di mana-mana perairan dalam negara.

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.