Go

Anjing Jojo Asal Jalanan Terbukti Bermanfaat Dan J..

 




Anjing Jojo asal jalanan terbukti bermanfaat dan jadi anjing penjaga halaman yang baik.

Kisah anjing Jojo banyak jadi pengajaran. Anjing Jojo asalnya anjing yang dicederakan oleh masyarakat pembenci anjing di Klang Selangor. Diselamatkan oleh penyelamat bernama Sha Miza ketika itu akibat Jojo dipakuk penduduk kerana dikatakan najis dan mengganggu.

Anjing Jojo diterima Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika tanpa syarat. Dipelihara dan dilatih semenjak 5 tahun dahulu. Jojo diberi tugas menjaga halaman rumah-rumah sewa milik Presiden. Ini semua dilakukan atas ehsan untuk beri semula kebahagiaan dan keyakinan hidup kepada Anjing Jojo.

Apa yang menarik. Kehadiran Anjing Jojo ketika itu yang menimbulkan ketidak selesaan masyarakat di Segambut Luar Kuala Lumpur kerana sentimen adat, budaya dan hukum hakam agama. Akhirnya atas perjuangan cekal presiden mendidik masyarakat di Kampung Segambut Luar. Anjing Jojo kini bukan sahaja disenangi tetapi dijadikan rakan gurau senda oleh anak-anak penduduk dan masyarakat setempat.

Anjing Jojo dikenali sebagai anjing bijak, penjaga kawasan rumah dan guard dog untuk aset-aset penyewa yang menghuni kawasan rumah-rumah sewa milik presiden. Siapa yang tidak kenal anjing Jojo bukanlah penduduk berasal di kawasan tersebut. Kini kesemua penyewa di kawasan tempat Jojo berteduh bergilir-gilir memberinya makan dan minum. Kiri kanan Jojo sapu.

Anjing Jojo yang asalnya anjing jalanan dan dibenci masyarakat tempat dimana dia berasal di Klang Selangor kini menjadi anjing disayangi bukan sahaja para penyewa tempat dia berkhidmat tetapi seluruh penduduk kampung. Inilah perjuangan memahamkan masyarakat erti santuni anjing. Anjing ada peranan dan tugasnya jika masyrakat mahu membuka minda menerima kehadiran anjing dalam hidup mereka.

Anjing adalah sahabat terbaik yang setia di dunia!

Foto : Anjing Jojo bersama pemiliknya Presiden Arie Dwi Andika

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.