Go

Penyertaan Penuntut Institusi Pengajian Tinggi Sem..

 




Penyertaan penuntut institusi pengajian tinggi semakin meningkat. Kesedaran mengenai kebajikan dan hak haiwan juga dapat disampaikan dengan lebih mudah dan tersusun.

Seramai 18 orang penuntut Advance Diploma in Medical Ultrasonography dari Vision College Petaling Jaya Selangor berkampung di Galeri Animal Malaysia menjalankan tanggungjawab khidmat sosial dan sukarelawan.

Animal Malaysia merangka silibus awareness terhadap setiap kumpulan penuntut yang datang menjalankan kerja sukarelawan seperti teknik pengendalian kucing untuk mandian, dandanan, memberi makan ubat dan penyelamatan. Selain itu juga para sukarelawan didedahkan denfan proses pembersihan tempat dan sangkar kucing, penerangan mengenai pemakanan dan penggunaan pasir kucing yang sesuai. Akhir sekali pendedahan mengenai hak kebajikan dan undang-undang haiwan turut dibentangkan.

Pada sesi akhir sudah tentu semua para sukarelawan dibekalkan dengan anugerahan sijil penghargaan oleh Persatuan Haiwan Malaysia sebagai mengiktiraf dan menghargai kehadiran dan sumbangan terhadap Galeri Animal Malaysia.

Terima kaseh kepada golongan akademik yang memberi keutamaan dan memilih Galeri Animal Malaysia sebagai tujuan menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai pengurusan haiwan.

Kehadiran anda semua amat dialu-alukan dan dihargai.

Galeri Animal Malaysia terbuka kepada pengunjung untuk membuat adoption dan dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Terus walk in ke :

Galeri Animal Malaysia

No.5 Jalan Balam

Taman Million

51100 Kuala Lumpur

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1828179964055..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.