Go

Jangan Dipelihara Haiwan Jika Hanya Untuk Menyiksa..

 



Jangan dipelihara haiwan jika hanya untuk menyiksa. Dikurung dalam sangkar kecil dalam halaman rumah dan sering dipukul tanpa ada kesalahan. Itulah aduan daripada penduduk sekeliling yang tidak tahan lagi kerap menyaksikan kezaliman berulang dilakukan pemilik anjing di Sungai Petani, Kedah.

Kes ini sampai ke tangan Animal Malaysia pada 26 April 2023 lalu dan satu aduan jenayah haiwan telah dikemukakan kepada Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) selepas mendapatkan maklumat terperinci alamat tempat anjing dizalimi. DVS perlu segera bertindak pantas untuk mengelakkan kekejaman demi kekejaman dilakukan kepada anjing malang ini. Semoga sang anjing mendapat keadilan dan tidak lagi dibiar terseksa dengan pemiliknya.

Jenayah kezaliman haiwan di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 memperuntukkan hukuman Penjara minimim 1 tahun dan maksimum 3 tahun serta denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000. Jika gagal membayar denda maka hukuman penjara diperpanjangkan (tambahan) dikenakan.

_________________________________________________________

😻 Galeri Animal Malaysia bermula kasih sayang yang terbiar dan berubahnya nasib yang tidak terbela. Bantu berikan rawatan perubatan dan kehidupan terbaik untuk anak-anak bawah jagaan di sini melalui pembelian amal – https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia atau sumbangan kewangan : MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )

🐈 Tajaan makanan kucing Super Premium Buttons and Bows Malaysia – https://shopee.com.my/buttonsandbowsmalaysia

🐈 Tajaan pasir Tofu oleh Izzlisha Majesty – Cat Litter, Cat Hotel & Spa – https://shopee.com.my/izzlisha_majesty

🐈 Tajaan spray pembersihan oleh Anymal Lab – https://shopee.com.my/anymallab (www.anymal.my)

✅ Waktu melawat : Isnin – Sabtu 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

✅ Adoption dibuka kepada yang layak. Lokasi sila Google nama Galeri Animal Malaysia.

✅ Dafar Sijil Haiwan di www.animalmalaysia.com

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/2608223463580..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.