Go

Ini Hanya Salah Satu Laporan Kes Mangsa Anjing Lia..

Ini hanya salah satu laporan kes mangsa anjing liar. Kecederaan parah dan ada yang meninggal dunia. Kerajaan Negeri Sembilan membuat keputusan bijak dalam memelihara keselamatan dan ketenteraman awam di negeri tersebut yang harus dicontohi oleh semua kerajaan negeri di negara ini.

Secara sah puluhan ribu laporan rasmi berkenaan serangan anjing liar dilaporkan seluruh negara. Sudah tiba masanya keselamatan 32 juta rakyat negara ini perlu dipelihara berbanding melayani tuntutan kumpulan kecil pencinta aniing liar yang tidak pernah tampil hertanggungjawab terhadap kes-kes kritikal membabitkan serangan anjing liar.

Kerajaan negeri seluruh negara boleh dapatkan data dan pandangan keseriusan serangan dan kesan serangan anjing liar daripada jabatan pelaksana seperti :

1. Jabatan Perkhidmatan Veterinar

2. Fakulti Perubatan Veterinar UPM dan UMK

3. Majlis Keselamatan Negara

4. Jabatan Kesihatan Malaysia / Kementerian Kesihatan Malaysia

5. Polis Diraja Malaysia

6. Jabatan Kerajaan Tempatan (mewakili PBT)

Kerajaan tidak boleh lagi berkompromi dalam hal keselamatan dan ketenteraman awam terutama nyawa kanak-kanak, pencari makan seperti rider motor, wanita mengandung, ibu tua dan lelaki tua serta pelajar sekolah. Bukan semua perkara perlu mendengar dan melayan tuntutan kumpulan NGO dan kumpulan yang tidak pernah ada solusi apabila berlaku serangan anjing liar melibatkan kecederaan parah dan kehilangan nyawa malah penyakit berjangkit.

Sudah tiba masanya jabatan-jabatan kerajaan berkenaan mengeluarkan statistik dan data rasmi serangan anjing liar yang dilaporkan orang awam kepada umum. Nyawa dan keselamatan 32 juta rakyat Malaysia lebih penting daripada perasaan beberapa orang kelompok pencinta anjing liar. Rasionalisasi dalam membuat keputusan adalah elemen penting berbanding emosional.

Satu perkara lagi jika pencinta anjing liar menganggap anjing liar adalah keluarga. Satu kaedah iaitu Trap – Neuter – Adopt (TNA) perlu dilaksanakan dengan mengangkat martabat anjing liar dari jalanan menjadi sebahagian keluarga dan duduk bersama sebagai keluarga kita di rumah. Tidak ada keluarga dibiarkan dijalanan berhujan berpanas. Jika keluarga dibiarkan di jalanan pasti akan dibawa ke rumah kebajikan supaya hidupnya dijaga dan teratur makan minum dan keselamatan terjamin. Selain itu ia mampu mengelakkan konflik dan risiko lain terhadap anjing liar seperti dianiaya dan kemalangan di jalanan.

Jangan jadikan kasih sayang dan perihatin peribadi kita menjadi masalah dan beban kepada orang lain. Inilah yang dinamakan hak dan kebajikan dipelihara yang sebenarnya.

#dogs #anjing #welfare #animalrights #canine #humanrights

Source: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=666803759433580&set=..

Facebook Comments

Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.