Go

15 Ekor Kucing Terkorban Di Petang Hari Raya Korba..

 




15 ekor kucing jadi korban di petang Hari Raya Korban kedua.

Penemuan 4 karung plastik hitam yang mengandungi 15 ekor bangkai kucing dengan ada yang disembelih, dicucuk leher, dipenggal kepala dan dilapah kulit di kawasan berhampiran pejabat Lembangan Sungai Kelang (Taman Metropolitan Batu), Jalan Ipoh Kuala Lumpur pada 8 Jun 2025 jam 6.00 petang.

Kebanyakkan bangkai kucing ditemui hanya tinggal kulit dan bulu, kepala dan bahagian tertentu sahaja tanpa menyisakan isi perut dan dagingnya.

Satu laporan polis akan dibuat segera dan Animal Malaysia menawarkan ganjaran tunai sebanyak RM3,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat kejadian hingga pelaku dikenal pasti.

Maklumat sah boleh disalurkan ke hotline Animal Malaysia www.wasap.my/+601171147113 supaya bukti lengkap kejadian dapat dikumpulkan.

#straycats #cats #haiwan #animals #kucing #animalcrime #animallaw #animallawenforcement #animaljustice #strays #animalcriminaljusticesystem #animalforensic #animalsecurity

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/6943649600107..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.