Go

Terima Kaseh Rakyat Malaysia Atas Bantuan Dan Soko..

 




Terima kaseh rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan padu terhadap Anjing Dawai.

Lawatan bersejarah Presiden Arie Dwi Andika dan beberapa aktivis Animal Malaysia ke Persatuan Menyelamat Haiwan Terbiar Furrykids Safehaven di Mambau Negeri Sembilan pada hari Ahad 20 Oktober 2019 telah menyempurnakan serahan cek sumbangan sebanyak RM3,000.00 kepada Shelter Furrykids Safehaven untuk perbelanjaan Anjing Dawai seperti dijanjikan.

Selain Anjing Dawai. Shelter Furrykids Savehaven menampung lebih 500 ekor anjing gelandangan yang diselamatkan di seluruh Seremban Negeri Sembilan dengan pelbagai latar belakang anjing seperti anjing yang sakit, cacat, terbiar, dizalimi dan ditangkap PBT.

Animal Malaysia berbangga atas pencapaian shelter Furrykid Safehaven walau tanpa bantuan dan geran daripada kerajaan atau mana-mana pihak. Kerjasama dan kebersamaan di antara AJK juga merupakan resipi membangunkan shelter yang mampu berdikari.

Furrykids Safehaven memerlukan sumbangan berterusan untuk menampung kos operasi shelter, makanan, perubatan, pemandulan dan pelbagai keperluan lain yang semestinya banyak.

Animal Malaysia menyeru lebih ramai individu dan ahli korporat tampil untuk zahirkan sokongan melalui bantuan untuk shelter yang banyak membantu anjing gelandangan ini.

Zahirkan sokongan dengan memberikan sumbangan kewangan berterusan secara terus ke akaun :

Nama Akaun : PERSATUAN PENYELAMAT HAIWAN TERBIAR FURRYKIDS SAFEHAVEN

No. Akaun : 8009081090

Nama Bank : CIMB Bank Berhad

Reference : Bantuan Shelter

Bantu mereka bererti anda membantu anjing terbiar dan anjing malang!

#dogs #dogshelter #stray #strayanimal #straydog #furrykidssafehaven #animals #saveourstray #saveouranimals #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.