Go

Kucing Berpemilik Ditemui Mati Dilapah Untuk Darah..

 



DISYAKI DIGUNAKAN UNTUK PEMUJAAN, SPIRITUAL ATAU SEMBAHAN – KUCING DILAPAH UNTUK DARAH, OTAK DAN ORGAN DI PUCHONG SELANGOR

Belom pon reda dengan kes langgar mati kucing secara kejam. Hari ini satu kes diterima Animal Malaysia. Kucing dilaph di bahagian kepala untuk ambil bahagian tengkorak dan otak manakala hidung, telinga dan kulit muka masih sempurna.

Di bahagian badan pula. Satu tebukan di perut ditemui dengan usus terkeluar manakala organ dalaman seperti jantung, hati dan buah pinggang hilang tanpa dikesan. Darah juga tidak ditemui disekitar bangkai kucing. Disyaki darah kucing telah diambil terlebih dahulu.

Kejadian disedari saksi yang menemui bangkai kucing ini di Bandar Kinrara, Puchong Selangor pada 6 Ogos 2020 dan pengadu menghubungi Animal Malaysia untuk mendapatkan pandangan mengenai kes kekejaman ini.

Animal Malaysia sudah memberi beberapa langkah untuk diambil oleh pengadu supaya boleh membantu menjejaki si kanibal yang melapah kucing malang ini. Animal Malaysia berharap dapat menemui dan menjejaki pelaku yang bersifat kanibal ini untuk diheretkan ke muka pengadilan.

Animal Malaysia mengalu-alukan sebarang bentuk maklumat keganasan, kezaliman dan pembunuhan haiwan supaya pelaku dapat diheret kepada pihak berkuasa. Maklumat lengkap, sempurna dengan segala bukti dan saksi boleh disalurkan ke hotline whatsapp Animal Malaysia di +601120901097. Maklumat peribadi dijamin rahsia sepenuhnya.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/3399080138398..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2020, PetFinder.my. All rights reserved.