Go

Tidak Dipastikan Sama Ada Kucing Ini Sedang Dalam ..

 



Tidak dipastikan sama ada kucing ini sedang dalam pemindahan lokasi atau tujuannya untuk dibuang ke tempat lain. Namun jika kucing ini adalah kucing berpemilik tentunya tuan kucing akan lebih peka dan sensitif dengan nasib kucing yang dipindahkan tanpa berbumbung atau tidak ditutup dengan kanvas bagi melindungi kucing daripada basah kuyup kesejukan.

Tuan kucing juga perlu sedar bahawa waktu ini adalah musim hujan. Setiap hari negara ini dilimpahi hujan. Membawa kucing tanpa perlindungan begini amat menyalahi Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Kejadian ini dikesan berlaku pada hari Jumaat petang 20 November 2020 di Bulatan Batu Caves Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Tidak dapat digambarkan rasa azab stress kucing ini dibawa menaiki kenderaan pick up dalam keadaan hujan lebat, kesejukan malah kebisingan bunyi enjin lori, kereta dan motor lain di atas jalan.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/3744713106433..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.