Go

Berikut Adalah Aktiviti Animal Malaysia Bersama Ha..

 




Berikut adalah aktiviti Animal Malaysia bersama haiwan. Selain kerap bersiaran dalam rancangan televisyen dan sering berencana dalam media akhbar mengenai jenayah haiwan. Animal Malaysia tidak lupa turun padang untuk program kemanusiaan terhadap haiwan.

Neuter dan spay kucing atau anjing jalanan, memberi makan haiwan jalanan, bantu penyelamat uruskan perubatan kucing atau anjing cedera kemalangan dan sakit kronik, memenuhi permintaan dan jemputan ceramah kempen kesedaran di universiti dan kawasan penduduk serta majlis tertentu, membantu pemberi makan haiwan dengan bekalan makanan bagi yang memerlukan serta meminjamkan peralatan untuk kerja tangkapan haiwan yang perlu ditangkap untuk rawatan atau pemandulan.

Semua ini dilakukan atas kemampuan yang ada dan masih terhad. Namun objektif asal memerangi jenayah haiwan adalah agenda utama sejajar matlamat penubuhan.

Semua ini perlukan sokongan masyarakat sama ada para pencinta haiwan, orang perseorangan, pembenci haiwan sekali pun, badan-badan kerajaan dan pihak swasta. Animal Malaysia mengajak semua pihak ini berganding bahu bersatu hati memakmurkan dunia haiwan sama ada haiwan liar atau haiwan jalanan.

Haiwan-haiwan ini adalah tanggungjawab kita bersama. Bersama bantu membantu supaya nasib haiwan dapat diperbaiki. Kita lakukan apa yang termampu.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2021, PetFinder.my. All rights reserved.