Go

3 Ekor Anak Anjing Ditemui Mati Terbakar Dalam Kea..

 




3 ekor anak anjing ditemui mati terbakar dalam keadaan hidup-hidup ditepi sebuah rumah manakala 3 ekor lagi sempat diselamatkan dalam satu kejadian di Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut, Tawau Sabah.

Kejadian disedari seorang saksi Awaluddin Alias, 27 tahun. Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang 13 Januari 2021. Dia mendengar ramai orang menjerit dari luar rumahnya mengenai terdapat kebakaran di tepi pagar kediamannya.

Apabila diamati kebakaran adalah 3 ekor anak anjing yang dipercayai masih menyusu dan ketika itu anak anjing dalam keadaan penghujung hidup. Dia yang panik cuba memadamkan api marak pada tubuh anak-anak anjing tersebut yang juga api telah merebak ke pagar kayu rumahnya. Bagaimana pun ketia-tiga anak anjing mati akibat melecur teruk.

Awaluddin Alias turut memaklumkan kepada Animal Malaysia mengenai kejadian yang berlaku di tepi jalan tempat penduduk kampung lalu lang. Satu laporan polis akan dibuat di Balai Polis Tawau. Tidak dipastikan sama ada kebakaran anak anjing tersebut adalah perbuatan khianat penduduk yang tidak menyukai anjing atau pun anak anjing menjadi mangsa akibat pembuangan puntung rokok ditempat semua anak anjing tersebut berteduh.

Saksi juga memberitahu bahawa dia tidak tahu dari mana kesemua 6 ekor anak anjing tersebut datang kerana sebelum ini tidak pernah melihat kelibat kesemua anak anjing di kawasan sekitar rumahnya.

Semoga pelaku zalim dapat ditemui jika ia merupakan perbuatan khianat. Penduduk yang tahu atau ada menyaksikan kejadian dari awal dimohon tampil memberi maklumat dan berkongsi bukti kejadian.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.