Go

Slow Lorris Atau Dikenali Sebagai Kongkang Spesis ..

 




Slow Lorris atau dikenali sebagai Kongkang spesis sukar ditemui dan diancam kepupusan dilaporkan mati dilanggar di jalan utama berdekatan kawasan pembinaan Lebuhraya Suke di Hulu Langat Selangor.

Keadaan berlaku apabila Kongkang keluar habitat kerana penggondolan pokok-pokok tempat spesis pemalu ini. Kongkang memiliki karakter yang bergerak secara lemah lembut dan perlahan dipercayai digilis kenderaan yang lalu di jalan raya sewaktu Kongkang sedang bergerak melintas jalan.

Kongkang adalah haiwan memanjat dan gemar berada di atas tempat tinggi. Namun Ia bukanlah seperti monyet yang boleh melompat berpindah pokok. Sebaliknya Kongkang terpaksa memanjat bawah pokok untuk naik ke atas dengan mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke tujuannya.

Hidupan liar seperti Kongkang ini bukan sahaja diancam pemburu haram. Tetapi kematian akibat kemalangan akibat kemusnahan habitat yang ditarah secara rakus.

Selamatkan hutan. Selamatkan hidupan liar negara!

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2021, PetFinder.my. All rights reserved.