Go

Video Pembuangan Kucing 2 Pembuangan Kucing Ini Pu..

 



Video pembuangan kucing 2 : Pembuangan kucing ini pula dimaklumkan berlaku juga di lokasi sama di Tanjung Piandang, Perak semalam 25 Jun 2022.

Ini membuktikan bahawa kesalahan membuang kucing yng merupakan satu jenayah berat haiwan dipandang ringan walau pun hukuman menanti penjenayah iaitu penjara minimum 1 tahun hingga maksimum 3 tahun dan denda minumum RM20,000.00 hingga maksimum RM100,000.00. Namun ia tidak memberi kesedaran apa-apa malah jenayah pembuangan kucing semakin menjadi-jadi.

Kerana itulah Animal Malaysia menyarankan Akta Kebajikan Haiwan 2015 harus segera dipinda dengan memasukkan hukuman sebatan. Manakala pegawai-pegawai penguatkuasa dan penyiasat perlu menjalani latihan kompetensi untuk memperkemaskan kaedah penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang haiwan.

Saksi kejadian pembuangan kucing sama ada pemilik premis yang mendedahkan cctv atau orang awam yang ada maklumat pembuangan kucing adalah dirayu mengemukakan laporan lengkap rasmi mengenai jenayah pembuangan haiwan dengan menyertakan bahan bukti seperti gambar dan video jelas serta maklumat lain yang dikehendaki.

Laporkan kes jenayah haiwan domestik ke awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151.

Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Sumber : Kienai Inori


Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/videos/53..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.