Go

Penjualan Kucing Di Pasar Terbuka Begini Bukanlah ..

 




Penjualan kucing di pasar terbuka begini bukanlah satu aktiviti perniagaan yang sehat. Dikhuatiri peniaga bakal terdedah dengan kezaliman haiwan dari sudut kebajikan yang tidak terjaga sebaiknya.

Maklumat mengatakan aktiviti penjualan terbuka ini berlaku di Pasar Kubah Ria, Satok, Sarawak. Kucing berhimpit dan bersesak dalam satu sangkar dengan bahang panas tiada punca angin.

Animal Malaysia membantah sekeras-kerasnya kaedah penjualan kucing terbuka tanpa prosedur kebajikan yang sepatutnya seperti keadaan kurungan, kuantiti kucing dalam kurungan dan keselesaan tempat jualan yang bukan terbuka seperti di pasar atau kaki lima. Kesemua elemen tersebut adalah mengelakkan kucing daripada berhimpit dalam keadaan stress.

Pengadu adalah disaran memanjangkan laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sarawak supaya satu siasatan oleh pihak berkuasa dapat dijalankan dari sudut kebajikan haiwan.

Laporkan kes jenayah haiwan domestik ke awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151.

Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1823628864510..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2022, PetFinder.my. All rights reserved.