Go

Berlangsung Hari Sabtu Dan Ahad Sijil Pentadbiran ..

 




Berlangsung hari iSabtu dan Ahad Sijil Pentadbiran Haiwan. Presiden Arie Dei Andika menyampaikan modul Undang-Undang Haiwan dan Penguatkuasaan. Menyentuh pelbagai akta berkaitan haiwan, implementasi hinggalah mengenai soal pelesenan.

Awareness mendalam seperti ini jarang dibicarakan di Facebook atau lapangan lain. Ilmu perundangan, penguatkuasaan dan penyiasatan haiwan begini lebih sesuai dibincangkan di gelanggang yang betul. Ini kerana ilmu mempunyai kedudukan tinggi dan untuk memastikan ianya sampai dan difahami. Perbahasa mengenainya tidak sesuai disampijan di kedai kopi atau dalam media sosial yang bukan saluran disiplin untuk ilmu. Ia supaya pemahaman ilmu dapat disalurkan dengan tepat untuk mengelakkan kekeliruan. Apatah lagi soal hak dan kebajikan haiwan. Ianya amat sensitif dan perlukan ketelitian penerangan.

Animal Malaysia memuji perjalanan kursus ini berjalan baik dan pertama kalinya ia teruji apabila Purrfection Catz Grooming Academy dapat menjayakan dengan baik. Tahniah dan ia adalah usaha dan inisiatif insan educated seperti Puan Fidz dan Puan Farah Zahari Myops yang mengusahakan dengan jayanya Sijil Pentadbiran Haiwan selama dua hari ini. Ia sebahagian daripada penambahan ilmu dan kefahaman terhadap bidang pengurusan haiwan dan beberapa sudut penting yang utama.

Enam modul diperkenalkan dan perlu dilalui peserta sebelum Sijil Pentadbiran Haiwan yang julung-julung kali diadakan di negara ini dapat dikurniakan kepada 40 peserta. Manakala speakers yang dipilih juga merupakan mereka yang berpengetahuan luas dan berpengalaman dalam industri haiwan. Rujuk poster iklan jika nak lihat modul sijil.

Terima kaseh atas sokongan semua. Kepada yang ternanti-nanti untuk menyertai pelbagai kursus yang ditawarkan. Nantikan sesi seterusnya pada masa akan datang.

Laporkan kes jenayah haiwan domestik ke https://awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151.

Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1848661665341..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2022, PetFinder.my. All rights reserved.