Go

Tahukah Anda?. Kebanyakan Orang Asal Di Pantai Tim..

Tahukah anda?

Kebanyakan Orang Asal di Pantai Timur Sabah khususnya di sekitar lanskap Tabin masih mengamalkan pantang larang di mana mereka menggelar gajah sebagai “nenek” atau “aki” sebagai tanda hormat.

Contohnya, suku kaum Suluk dan Bajau mempercayai bahawa ada entiti lain yang tinggal bersama-sama gajah. Apabila haiwan ini diganggu atau dibunuh, keturunan gajah tersebut akan datang membalas dendam. Maka itu, komuniti ini cukup faham bahawa tujuan gajah memasuki kampung atau ladang adalah semata-mata untuk mencari sumber makanan.

Bagi suku kaum Sungai pula, mereka mempercayai bahawa gajah mempunyai keupayaan untuk mendengar dari jarak jauh. Oleh itu, mereka tidak berani menyumpah, bercakap buruk tentang gajah atau mengacau najis gajah. Mereka percaya gajah akan ‘membalas dendam’ jika pantang larang ini dilanggar. Selain itu, mereka juga percaya gajah mempunyai sifat atau naluri manusia seperti perasaan simpati dan akal fikiran.

Pantang larang yang telah wujud sejak zaman dahulu kala ini membuahkan suatu hubungan yang unik antara manusia dan gajah. Sehingga kini, gajah adalah haiwan liar yang sangat dihormati oleh komuniti Orang Asal.

#OrangAsal

#PHOAS2022

#PerayaanHariOrangAsalSedunia

Source: https://www.facebook.com/wwfmy/photos/a.159457438241/1016200..

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website

Facebook Comments

Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.