Go

Majlis Penyerahan Lesen Menjalankan Aktiviti Melib..

 




MAJLIS PENYERAHAN LESEN MENJALANKAN AKTIVITI MELIBATKAN HAIWAN – TEMPAT KURUNGAN DAN PERLINDUNGAN HAIWAN (LESEN SHELTER)

Sesi penyerahan rasmi Lesen Menjalankan Aktiviti Melibatkan Haiwan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohammad Razli bin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Regulatori, Jabatan Perkhidmatan Veterinar bertempat di Galeri Animal Malaysia.

Penyampaian lesen kepada Persatuan Haiwan Malaysia diharapkan menjadi tauladan dan contoh kepada organisasi lain untuk menjalankan operasi aktiviti melibatkan haiwan secara sah dan berlesen sebagaimana kehendak Akta Kebajikan Haiwan 2015 seperti yang dilakukan Persatuan Haiwan Malaysia kini.

Sekalung penghargaan kepada wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ikhwan Equestrian serta rakan media yang hadir.

#dvsmalaysia #CukupDanTerjamin #MalaysiaMadani

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/4964757664663..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.