Malaysia Animal Association News & Blogs
Instantly update yourself on the latest animal welfare developments. Leading animal shelters and rescuers will share news and knowledge with you, consolidated through their blogs and social media pages.
Page: 1 ... 81, 82, 83, 84, 85, 86, 87, 88, 89, 90 ... 98 [ Next ]
Sesekali Kerja Menyelamat Dilakukan. Kes Kronik Di.. 9th Feb 2020, by Malaysia Animal Association
Sesekali kerja menyelamat dilakukan. Kes kronik diberi keutamaan. Walau dasar Animal Malaysia adalah fokus Advocacy. Atas peri kemanusiaan apabila menemui haiwan parah seperti kucing putih yang diberi nama Kantan ini. Bantuan kemanusiaan tetap dilakukan. Cuma Animal Malaysia hanya menyelamat haiwan parah yang ditemui sendiri.
Diagnos dan rawatan diberikan kepada Kantan. Luka parah dialaminya hingga menyebabkan telinga kanan Kantan membusuk, koyak dan hilang.
Kantan ditemui tenat di Taman Kant...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Kes Pembunuhan Anjing Tidak Pernah Sunyi Di Negara.. 8th Feb 2020, by Malaysia Animal Association
Kes pembunuhan anjing tidak pernah sunyi di negara ini. Hari ini seekor anak anjing mati berlumuran darah ditemui dipercayai dihentak dengan kayu secara brutal di kawasan pembinaan baru Plazo S2 Height, Seremban 2 Negeri Sembilan
Saksi kejadian boleh bantu Animal Malaysia jejak pelaku. Cukup bukti pelaku boleh didakwa di mahkamah. Hukuman penjara 3 tahun dan denda maksima RM100,000.00 menanti pelaku ganas ini. Pembunuh anjing tidak boleh dilindungi lagi.
Ganjaran RM5,000.00 disediakan oleh Ani...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Hari Ini Seluruh Penduduk Pokok Sena Kedah Turun P.. 8th Feb 2020, by Malaysia Animal Association
Hari ini seluruh penduduk Pokok Sena Kedah turun padang bawa suara membantah Cadangan Penempatan Anjing Liar (Dog Shelter) di kawasan Pokok Sena.
Sekiranya bantahan diterima dan pembinaan penempatan anjing liar dibatalkan. Penduduk Pokok Sena Kedah tidak boleh merungut dengan keberadaan anjing di jalanan.
Akta Kebajikan Haiwan 2015 menyediakan hukuman penjara hingga 3 tahun dan denda hingga RM100,000.00 sekiranya ada mana-mana pihak meracun, membunuh dengan sengaja secara zalim, menganiaya, me...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Animal Malaysia Dan Seluruh Pencinta Haiwan Di Mal.. 7th Feb 2020, by Malaysia Animal Association
Animal Malaysia dan seluruh pencinta haiwan di Malaysia mengecam usaha UMNO Bahagian Pokok Sena Kedah yang akan menganjurkan Perhimpunan Bantahan Penempatan Anjing Liar di Padang Rumput Pejabat Haiwan Pokok Sena.
Bantahan bakal berlangsung esok di Pejabat Haiwan Pokok Sena melibatkan keempat-empat sayap UMNO Bahagian Pokok Sena dan semua cawangan yang ada dalam UMNO Bahagian Pokok Sena.
Animal Malaysia menasihatkan supaya UMNO Bahagian Pokok Sena menjadi sebuah parti politik yang tidak memprov...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Gajah Bersiar-Siar Dekat Kedai Buah 7th Feb 2020, by Malaysia Animal Association
Insiden gajah bersiar-siar di Pekan Kota Tinggi Johor diharapkan tidak menjadi masalah besar kepada masyarakat di sana.
Animal Malaysia menasihatkan agar masyarakat tidak mengganggu gajah dengan memprovokasi, meracun mati atau membunuhnya.
Perhilitan Negeri Johor kini menanganinya untuk urusan relokasi ke habitat asal. Mohon kepada semua yang berada di Kota Tinggi Johor supaya menyantuni gajah yang berkeliaran kerana kawasan tersebut merupakan tempat populasi dan koloni semulajadinya.
#elepha...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Apabila Anjing Berkeliaran Dikatakan Mengganggu. A.. 7th Feb 2020, by Malaysia Animal Association
Apabila anjing berkeliaran dikatakan mengganggu.
Apabila ada penanggungjawaban tak mau diterima.
Sebenarnya bukan isu anjing liar, anjing garang dan anjing menyerang.
Pencinta anjing nak buka shelter anjing di Pokok Sena. Tapi dibantah.
Bila anjing berkeliaran. Marah dan suruh pencinta anjing kutip.
Dengan anjing pon nak bermusuh.
Pembenci anjing mahu apa sebenarnya?
#dogs #stray #animals #saveourstray #saveouranimals #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation
Read Full Story | View Comments
|
 |
Anjing Kodong Hilang Kaki Depan Kiri Ini Ditemui B.. 7th Feb 2020, by Malaysia Animal Association
Anjing kodong hilang kaki depan kiri ini ditemui berlegar-legar di sekitar Tesco Nilai Negeri Sembilan.
Dipercayai anjing ini adalah tinggalan bekas tapak pembinaan berdekatan. Kini anjing Kodong hanya mengharapkan belas ihsan orang lalu lalang di sekitar Tesco Nilai untuk memberinya makan.
Anjing dipercayai jinak dan kondisi masih sihat. Cuma kehilangan kaki depan kiri menyebabkan pergerakan anjing Kodong terbatas.
Sesiapa berdekatan Nilai Negeri Sembilan atau kawasan sekitarnya yang sudi a...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Shelter For Abused And Abandoned Animals Kuala Mud.. 6th Feb 2020, by Malaysia Animal Association
Shelter for Abused And Abandoned Animals Kuala Muda Kedah (SAAA) yang menyelamatkan Lembu dan anak lembu malang dibiar tuan tanpa makan dan minuman selama lebih tiga minggu di Jitra Kedah perlukan sokongan dan bantuan.
Sebagai menghargai jasa SAAA yang sanggup ambil tanggungjawab bantu uruskan perjalanan kerja menyelamat lembu malang. Sewa backhoe, logistik lori pengangkut dan kos rawatan adalah antara perkara yang perlu difikirkan.
Animal Malaysia mengajak seluruh masyarakat yang menyokong u...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Pemandangan Terkini Di Kahang, Kluang Johor Ketika.. 6th Feb 2020, by Malaysia Animal Association
Pemandangan terkini di Kahang, Kluang Johor ketika ini. Kawasan ini dahulunya tanah tempat tinggal mereka. Ia diteroka untuk manfaat manusia dan ekonomi negara. Sebagai pulangan mereka kehilangan habitat, pengecilan kawasan rayau dan kekurangan sumber makanan.
Akhirnya mereka akan berlegar menjadi musuh kepada manusia yang meneroka habitatnya.
Diharapkan kumpulan gajah di Batu 17 Kahang, Johor ini tidak diracun peneroka sebagai langkah mudah mengatasi konflik haiwan liar dan manusia seperti in...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Semalam Animal Malaysia Siarkan Kisah Lembu Peliha.. 6th Feb 2020, by Malaysia Animal Association
Semalam Animal Malaysia siarkan kisah lembu peliharaan berpemilik yang cedera patah kaki dan terbiar selama hampir tiga minggu di lapangan tanpa makan dan minum. Animal Malaysia melalui Ketua Animal Malaysia Negeri Kedah Puan Sara Malik juga telah memanjangkan kes kepada DVS Negeri Kedah.
Akhirnya hari ini lembu malang terbiar yang bertuan di Jitra Kedah dibantu selamatkan dengan kerjasama oleh Independent Rescuer dan pihak Shelter for Abused And Abandoned Animals (SAAA) Kuala Muda Kedah diketu...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Animal Malaysia Menerima Aduan Sedih Berkenaan See.. 4th Feb 2020, by Malaysia Animal Association
Animal Malaysia menerima aduan sedih berkenaan seekor lembu betina yang tersadai hampir tiga minggu di belakang Petronas Changlun Kedah.
Lembu ini bersedirian tanpa makanan dan minuman terkandas akibat patah kaki. Manakala keadaan sekeliling amat tandus akibat ketiadaan sumber rumput menyebabkan ibu Lembu yang menyusukan anak tiga ekor semakin mengurus.
Saksi kini menyediakan makanan dan minuman dan pemilik kepada lembu tidak dapat dijejaki.
Satu panggilan ke pejabat Perkhidmatan Veterinar ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Biawak Yang Terperangkap Tin Di Kepala Perlukan Ba.. 4th Feb 2020, by Malaysia Animal Association
Biawak yang terperangkap tin di kepala perlukan bantuan manusia untuk mengeluarkan tin tersebut. Kegagalan biawak melepaskan diri dari perangkap tin ini akan mengundang sengsara jangka panjang sebelum kematian.
Walau ianya seekor biawak yang sering dianggap tidak berguna. Namun biawak juga adalah makhluk bernyawa dan merasa sakit dan takut. Orang ramai disaran tidak menyakiti biawak jika terserempak dalam keadaan tidak memudaratkan.
Biawak diketegorikan sebagai haiwan liar dan dilindungi di b...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Orang Ramai Di Negara Ini Diminta Menghentikan Sik.. 1st Feb 2020, by Malaysia Animal Association
Orang ramai di negara ini diminta menghentikan sikap dan perbuatan mempersendakan dan menjadikan insiden buaya terlekat tayar sebagai bahan lawak dan jenaka di komen-komen Facebook bermula semalam. Ianya bukan bahan lawak tetapi lebih menjurus hal kemanusiaan dan kebajikan haiwan. Ia juga menggambarkan bagaimana sensitif dan pekanya kita terhadap nasib malang yang sering menimpa haiwan di dunia ini.
Langkah kerajaan Indonesia menyeru bantuan pihak yang mahir mengendalikan kerja menyelamat buaya...
Read Full Story | View Comments
|
 |
1999 -2019 20 Tahun Wabak Nipah Yang Melanda Malay.. 1st Feb 2020, by Malaysia Animal Association
1999 -2019 : 20 TAHUN WABAK NIPAH YANG MELANDA MALAYSIA SATU KETIKA DULU.
Wabak misteri ini menyebabkan 265 kes keradangan otak di laporkan dengan 105 kematian. Industri penternakan babi yang bernilai Billion ringgit lumpuh serta merta.
.
Seorang demi seorang, tumbang, mati.
Pemuda yang sihat sejahtera, keesokannya pengsan, dengan otak yang bengkak. Tidak boleh bergerak. Tidak boleh bercakap.
Tiada apa yang boleh dilakukan. Tiada ubat. Tiada vaksin. Separuh daripada pesakit meninggal dunia
.
...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Pendera Haiwan Kejam 30th Jan 2020, by Malaysia Animal Association
Advocacy, perundangan, pembongkaran dan membawa kes kezaliman dan penganiayaan haiwan ke peringkat penguatkuasaan adalah fokus utama Animal Malaysia.
Pada tahun lepas, Animal Malaysia telah membongkar beberapa kes kezaliman haiwan hingga berjaya ke peringkat pendakwaan di mahkamah dan pelaku dijatuhi hukuman penjara dan denda.
Selain itu kerja membantu haiwan jalanan cedera dan sakit dilakukan secara bersendiri. Animal Malaysia tidak menjalankan kerja tangkapan haiwan stray di kediaman pendud...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Hak Penduduk Dan Pemilik Kucing Yang Dibuli Joint .. 30th Jan 2020, by Malaysia Animal Association
HAK PENDUDUK DAN PEMILIK KUCING YANG DIBULI JOINT MANAGEMENT BODY (JMB)
JMB yang mengurus Kondo / Apartment / Flat dan Rumah2 Tinggi tertakluk kepada Akta Pengurusan Strata 2013. Mereka hanya diperuntuk kuasa di common area saja dan bukan DALAM rumah kita
Pemilik kucing boleh terus membelihara apa-apa binatang. Jika JMB beri surat, ia setakat surat saja. Mereka tetap tak boleh masuk. Jika mereka suruh Security Guard datang dan nak masuk rumah, jangan beri.
Kalau nak masuk juga, buat rakaman ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Babi Hutan Jika Serang Manusia Inilah Akibat Yang .. 29th Jan 2020, by Malaysia Animal Association
Babi Hutan jika serang manusia inilah akibat yang perlu ditanggung. Mangsa diserang dalam premis makanan (warung) di Kampung Jeniang, Jeniang Kedah.
Babi Hutan begini sudah menimbulkan mudarat nyawa. Perhilitan cukup undang-undang untuk menembak mati Babi Hutan.
Di pihak Perhilitan mestilah memastikan penembak itu terlatih. Memilih jenis peluru yang tepat dan mesti ke arah 'one shoot to kill'. Tembakan yang berkali-kali untuk bunuh Babi Hutan tidak dibolehkan dan ia menjurus kezaliman.
Pendud...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Hendak Menghalau Beruk Yang Cedera Di Jalan Raya B.. 29th Jan 2020, by Malaysia Animal Association
Hendak menghalau beruk yang cedera di jalan raya bagi keselesaan pengguna jalan raya lain adalah niat murni. Namun kebajikan beruk perlu dititik beratkan. Jika tiada kepakaran dan khuatir keselamatan atau kecederaan. Sebaiknya libatkan Perhilitan atau Angkatan Pertahanan Awam bagi kerja membantu dan menyelamat beruk cedera di jalan raya.
Kaedah menghalau beruk secara seretan dan tendangan bakal menambah kecederaan fizikal dan mental kepada beruk.
Saat ke 0.35 tendangan
Lokasi : Bukit Baru, Me...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Seekor Kucing Ditemui Parah Sebelum Mati Setelah J.. 27th Jan 2020, by Malaysia Animal Association
Seekor kucing ditemui parah sebelum mati setelah jatuh dipercayai dari tingkat 10 Flat PPR Beringin, Jinjang Kuala Lumpur. Saksi melihat sendiri bagaimana kucing terhempas di depan mata. Kucing malang ini nazak untuk beberaoa seketika sebelum menemui ajal setengah jam selepas jatuh.
Tidak dapat dipastikan sama ada kucing terjatuh sendiri atau sengaja dicampak dari aras tinggi tersebut. Kejadian berlaku sekitar jam 2.00 pagi 27 Januari 2020.
Pemilik haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing y...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Page: 1 ... 81, 82, 83, 84, 85, 86, 87, 88, 89, 90 ... 98 [ Next ]
|