Di dalam gambar ini adalah sebahagian daripada 94 ekor kucing yg dijumpai di sebuah rumah di Singapura sekitar tahun ini.
Pemilik rumah merupakan seorang breeder yg tidak mempunyai lesen, tidak memandulkan kucing-kucing ini dan akibat nya, mereka membiak dengan banyak nya, kesihatan, makan minum dan kawasan tempat tinggal juga terabai.
Kesemua 94 ekor telah pun diselamatkan oleh sekumpulan pencinta kucing. Ada diantara mereka sudah pun mempunyai keluarga baru.
Kami di SCRATCH, tidak menyokong backyard breeder dan hoarder. Kami menggalakkan untuk adopt dan juga memandulkan kucing anda agar bilangan kucing di jalanan semakin berkurangan dan juga kesihatan mereka terjaga.